Inilah keluhan crowd/band  setelah diperdengarkan, diperbincangkan, diperkatakan dan dibuat rumusan :

> hanya rakan kenalan sahaja dapat perform gigs ? community A akan buat gigs and panggil band band geng community band A manakala community B akan panggil band geng community B sahaja . betol ke ? ape kata kalian ?

> kipas bontot sana sini untuk promo dan perform gigs/ konsert ?

> kutuk band sana sini padahal langsung tak support local band ?

> demo/ep/lp boleh laku ke ? kalau sekarang ni dah takde yang nak beli ? 



> funzine dah tak nampak bayang lagi , walaupon photostat , tapi kalian boleh pikir sendiri , lebih seronok bukan dari megazine ? funzine lebih jujur dan lebih open , cuma megazine pon best gak , ade gambar colour colour , hahaa , lagipun , satu malaysia baca . tu yang band mahu bukan?

> kata salah seorang peminat muzik undergrounds " kalau gerne lain, dipertikaikan , tapi kalau kita main indie ,  pasti lebih cepat naik ! tapi makin cepat naik . bukan ker makin cepat jatuh ? haha "

> gigs besar bila diperhatikan , balik balik band tu jugak yang repeat . member member la katakan

> band baru takde payment tu lumrah gigs coz mahu promo band dan cari pengalaman , tapi masih ada yang dah lama bertapak masih masalah payment dan ada jugak yang hendak main gigs kena bayar , hmm ? aku rasa lagi baik jamming je kot ! 

> band baru payment RMXX, band ada ep/lp RMXXX , yang dah ader album RMXXXX. mmm ? ader level pulak skang ni ye ?

> kata salah satu crowd " skang dah ade gigs 'PAY TO PLAY' , ni lagi hangat , nak perform gigs kena jamming , kena tukar tali gitar , bateri efek pedal , cost pegi balik makan minum , tapi kena bayar utk bermain gigs . maybe band baru terpakse jugak coz takde choice nak promo band . tapi kesian ye" so ape kata kalian ?

> band semakin kurang bersemangat nak menghasilkan material sebab kurang support dari scene sendiri . hanya member member terdekat sahaja.

> buat band masa di sekolah , kolej , universiti . lepas dah abis . semua nya pun ikot abis . soul tak kuat agaknya !

> ada jugak band beli gitar nak mahal dan berjenama , tapi permainan tidak semahal gitarnya . mungkin mengejar impian membeli gitar mahal agaknya . haha

> organizer banyak yang tak mahu menanggung kos kerugian yang besar bila anjurkan gigs . coz crowd semakin kurang disebabkan tiap tiap minggu ade gigs .

> editor megazine yang lebih mengutamakan band kenalan dan yang rapat dengannya lebih mudah expose ?

> konsert band INDON or band luar negara bukan main ramai yang hadir dan membanjiri stadium , sampai tiket RM50 keatas sanggup turun padang , gigs RM20 di Malaysia pula bagaimana ? , bagaimana dengan konsert band tempatan ? gigs sekarang pon payah nak mencecah 200 orang . kalau nak cecah pon kena panggil ROCKSTAR kan ? kan ?

> "sekarang download je lagu , nak jual demo pon tak guna" keluhan salah satu band . 'nak wat ep modal beratus dan beribu , tapi supporter hampeeehhh' keluhannya lagi .

> keluhan salah satu band Malaysia " kalau aku nak main gigs , nak tak nak aku kenalah organize sendiri baru la dapat main gigs , dah 20 gigs agaknya barulah organizer lain nak panggil band aku " keluhan band lain mengenai hal ini "ade jugak yang aku dah organize berpuluh kali tapi memang liat bila diaorang organize nak panggil band aku or member-member aku" label tu agak besar la jugak! ko mesti tau punya" katanya lagi . 

> ramai yang suka ambil peduli attitude mereka dari mengambil tahu muzik mereka. ye ker?
" ada jugak band yang tunjuk pandai dan tunjuk lagak rockstar padahal baru setahun jagung dalam scene , "kata salah satu band ******tut , rakannya menambah " ada jenis band yang gaya mengalah kan rockstar dan sekarang dah jadi macam trend band band baru or band band yang agak lama nak pakai P.A or MANAGER . what the f**k ! " teriaknya lagi "zaman grunge/h.c/punk/skin , semua band nak buat zaman tu . bila zaman BAND INDON naik , semua pulak nak buat band camtu , bila zaman EMO hc pon semua nak buat band macam tu , bila MUSE naik , mulalah band grunge pon pergi kearah itu , bila INDIE naik , mulalah nak pegi kearah INDIE pulak , lepas nie nak buat band ape pulak ? " marah nampak gayanya , tambahnya lagi"satu type pon tak explore habis . dah nak explore type baru , tamak seyyyy"
AKU MENYAMPUK "pada aku biarlah , janji dia tak kacau korang dah la , jangan dipaksa benda yang mereka suka buat". lantak dorang lah"

> ade band suka expose , ada band nak main gigs besar or dapat main dengan band band bernama besar, ada band just suka suka sahaja , ada band yang sekadar nak explore zaman belajar sahaja , ada yang isi masa lapang bersama rakan rakan sahaja , ada band yang terlalu ingin serius sampai boleh keluar dari pasaran malaysia , ada band yang mahu low profile dan tak suka terlalu expose , ada band yang giler perform gigs , ada band yang buat mengikut musim muzik , ada jenis buat band sebab kawan kawan dikelilingnya ada band , so dia pon nak la jugak buat band , ada band yang memang akan bermain dalam muzik coz music dah sebati dengannya , dan macam macam lagi la , setiap band ada target dan definasinya , so , kalian bagaimana ?

> Buat gigs/konsert panggil band OVERSEA .  
sekarang dah jadi adat penganjur gigs import band dari luar Malaysia . ada yang buat tour untuk diaorang la , ada yang nak expose kan mereka di Malaysia la , so, apakah sebenarnnya yang berlaku ? adakah mereka lebih glamour coz dapat nama sebab panggil band oversea ataupon itu salah satu cara utk promo band malaysia or penganjur nak bagi tahu muzik undergrounds diluar malaysia cara mereka bermuzik or apekah sebenarnya target mereka ? so , sila refer kepada organizer perihal ini , apekah sebenarnya keburukan dan kebaikkan dari perihal kejadian ini yang sekarang sedang giat berlaku di Malaysia , ape kata kalian ?

so , apa kata kalian mengenainya ?
KENAPA MESTI TIDAK BERANI MENYUARAKAN PENDAPAT KALIAN DISINI ?
*dipetik dan diedit dari :http://ceriteradark.blogspot.com (band kengkawan ak)