Berita Harian Buat Lawak Bodoh Tentang Tsunami Jepun, Malaysia Tanggung Malu




nilah karikatur yang menunjukkan ultraman lari dari tsunami yang melanda Jepun.Dihasilkan oleh Zoy.  Berita Harian sepatutnya lebih sensitif dengan isu isu macam nie. Bukan boleh buat main main. Kalau nak buat lawak bodoh pun, kena fikir kesan jangak masa panjang. Tindakan ni bukan saja memalukan syarikat akhbar tersebut tapi memalukan Malaysia jugak di mata dunia. Sedangkan negara lain bersedih dengan tragedi tu, Berita Harian senang senang boleh buat lawak bodoh tu .

Dan yang buruknya, berita ni dah boleh dibaca dis eluruh dunia sebab dah tersiar dalam CNN. Berita penuh boleh klik  Malaysian newspaper pokes fun at recent tsunami disasters
                                                                   BACA LAGI
Dan ini petikan dari MalaysianInsider berkaitan kes ini-

KUALA LUMPUR, 13 Mac — Kumpulan Berita Harian memohon maaf ekoran tindakan menyiarkan karikatur mengisahkan kejadian tsunami dan gempa bumi di Jepun dalam edisi Berita Minggu hari ini, yang ramai menganggap ia tidak menghormati keperitan rakyat negara itu.

Dalam mesej yang disiarkan menerusi Facebook petang tadi, pengaragnya berkata: “Berita Harian memohon maaf dengan penyiaran karikatur mengenai kejadian tsunami dan gempa bumi di Jepun dalam akhbar Berita Minggu hari ini.

“Pihak kami tidak berniat langsung untuk mempersendakan bencana yang menimpa negara itu, sebaliknya amat bersimpati dan berkongsi kesedihan dengan rakyat Jepun.”
Karikatur yang disiarkan di halaman 24 menunjukkan superhero Jepun “Ultraman” lari lintang-pukang bagi mengelak ditelan gelombang tsunami.

Jepun dilanda gempa bumi paling buruk dalam 140 tahun kelmarin dan disusuli tsunami.
Lebih 1,600 orang sudah disahkan mati dan 10,000 lagi dikhuatiri hilang.

*minta maaf memang senang tapi benda dah jadi, dah dipublish ke seluruh dunia dah pun. Cuba bayangkan kesan benda kecil yang bodoh ni pada Malaysia?

Anugerah Bintang Popular Berita Harian dah nak dekat. Jangan sampai kena banned sudah. Nanti malu!!So berfikir sebelum bertindak. Jangan bertindak sebelum berfikir. Itu dipanggil bodoh sombong. Renung renungkan!!