line merah adalah kawasan yang paling teruk terjejas
kanazawa berada di line kuning.. dalam keadaan berjaga2
tanda pangkah adalah pusat gempa bumi

Lebih mengerunkan setelah melihat kesan daripada gempa bumi dan tsunami yang berlaku di Jepun petang tadi. Kalau mengikut laporan berita, polis Jepun melaporkan sejumlah 200 hingga 300 mayat telah ditemui di pantai timur laut negara itu. Berkemungkinan juga jumlah sebenar lebih besar.

Sana-sini sebuk dan kecoh pasal Tsunami Jepun. Satu dunia gegak gempita mahu jadi jaguh mahu tolong negara Jepun. Di Malaysia juga tak terkecuali, dari Badan-badan kerajaan ke NGO-NGO serta lain-lain badan mahu menyalurkan bantuan tidak ira dari segi kewangan, material, makanan, ubat-ubatan mahupun tenaga. Memang sebuklah!
Golongan artis juga tidak terkecuali mau “beramal dan berbakti”.Huhhh….Tapi, tahukah disebalik kecelakaan itu ada juga cakap-cakap aneh mengenai hal ini. Kedengaran juga teori-teori dan kononya konspirasi berlakunya “tsunami” itu adalah dirancang. Entahlah…Apa-apa pun tuhan lebih mengetahu di sebalik kejadian. Mungkin ini adalah azab dan juga sebagai perinatan kepada kita semua penduduk bumi.

Ok, berbalik kepada teori konspirasi. Mengikut dari “cakap-cakap aneh”, tsunami yang melanda Jepun bukanlah dari kejadian natural. Bukan kejadian kemusnahan alam yang biasa. Tsunami yang sangat ganas setinggi 10 meter kesan daripada gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter yang terkuat pernah dicatatkan melanda Jepun adalah hasil dari ujikaji bom nuklear dasar lautan oleh Barat (baca; New World Order). Aktiviti manusia seperti ujian nuklear yang dijalankan di dasar laut mampu memberi kesan kepada bencana alam. Ujian nuklear mungkin boleh dianggap sebagai pemacu (triggering) kepada gegaran gempa bumi dan kemungkinan gempa bumi boleh berlaku sekiranya ujian nuklear dilakukan di kawasan sempadan antara tektonik (plet bumi) pada permukaan bumi, tidak boleh ditolak.

Jadi dengan berlakunya gempa bumi dan tsunami serta kemusnahan yang berlaku ianya akan memudahkan pengurusan membentuk orde dunia baru. Ok, itu cuma sekadar teori….realiti masih belum dibukti dan mungkin para pengkaji teoti konspirasi harus membuat kajian lebih mendalam mengenai hal ini.hurm... ribut memikirkannyer... haha